Thursday, August 21, 2008

D' bawah sinaran lampu...

Semalam aku balik dari opis agak lewat. Aku tunggu Jill balik dari Ikea dengan Umi aku. Lebih kurang pukul 8 malam diorang sampai depan opis aku. Aku pun memang dah sampai kat luar pagar sambil melayan perasaan dengan game Forgotten Warrior kat hand phone aku. Rasa-rasa aku la mesti dah penuh bonnet dengan barang-barang ikea termasuklah tong NGV yang sedia ada tu.

Singgah kejap kat rumah peranginan kitorang di Presint 14 dulu sebelum pergi makan. Terus la kitorang ke M&M Corner, Kajang. Seperti biasa air minum la sampai dulu. Semua ingat aku order air Nescafe tarik. Mungkinkah cahaya lampu kalimantang menghasilkan ilus optik? Aku nak driving, kena la minum sesuatu yang agak mantap.

Kopi Tarik.

Sebelum isu kopi tarik aku ni, kitorang ternampak sesuatu yang mampu memberi hiburan seketika. Ini baru betul tisu Cap Ayam. Nama syarikat yang buat dan bekalkan tisu ni pun tak ada tulis. Malu ke sebab Cap Ayam? Tak tau la aku.

Tisu Cap Ayam.



Mungkin ada yang perasan, kat salah satu sudut kat kedai ni ade Alien jaga. Asal usul makhluk ni aku kurang pasti tapi sejak aku jadi pelanggan tetap kedai ni, Alien ni dah memang ada kat situ. Aku pernah juga tengok Scale yang lebih besar kat shopping complex. Memang menarik dan creative. Rasa macam nak je beli satu letak kat rumah nasib baik la mahal. Tapi bahan binaan yang digunakan sama je. Yang ni mungkin adik dia. :-)