Monday, September 29, 2008

Aku yang masih lagi ke opis.

Arini aku keja lagi macam biasa cuma arini aku tak naik bas. Aku nak motor. Jumaat aritu aku bawak motor aku balik. Sebab minggu-minggu orang cuti raya ni aku takut bas pun cuti jugak. Lepas sahur, aku bole mandi rilek-rilek. Bila dah siap nak keluar rumah, aku rasa macam dah lambat la pulak. Dah lebih dari 6.30 pagi. Karang nak singgah isi minyak lagi. Tetiba je aku teragak nak lalu Seremban. Selalu aku ikut exit Senawang. Aku rasa tak jem la sebab ramai yang dah start cuti. Memang betul pun. Lepas isi minyak aku pun terus masuk highway. Pun tak banyak kereta. Tapi masa tak mengizinkan aku untuk bersantai ke opis. Kejap-kejap aku tengok jam. Amik exit bangi, lalu kat kilang Denso. Ikut jalan Kg Dato Abu Bakar Baginda, masuk simpang Putrajaya Gate 1. Lalu Presint 14, abaikan 2 trafic light merah. Yes, aku sempat sampai. 7.28 pagi.

Thursday, September 25, 2008

Gift Box

Sampai-sampai je opis pagi tadi terus aku teragak nak buat kad raya. Aku pun cari la bahan-bahan untuk aku edit menggunakan Microsoft Powerpoint macam biasa. Bila dah siap je aku terus la publish dan mula la menjelajah ke blog-blog lain. Bila dah banyak baca entry orang lain, mula la aku pun tak sure nak publish ape pulak lepas ni. Tiba-tiba ada member aku datang hantar idea. Terima kasih la banyak-banyak. Kalau orang sudi memberi, aku pun sudi la menerima.

Idea aku datang dalam bentuk kotak.



Ada kad raya jugak sebagai iringan.


Ape pulak la yang ada kat dalam.

Sekarang kena fikir cemane nak bawak balik ni.. =)

Wednesday, September 24, 2008

Angkat la jugak

Aku ingat semalam lagi switch yang aku amik nombor siri tu dah selamat dihantar. Rupanya ada masalah transportation. So arini la jugak nak kena hantar. Dua ketul yang belah kanan tu. Berat benda ni memang menguji sungguh. Bagi sesiapa yang pernah angkat je la yang tau. Kena la hantar kat parcel D kemudian ambil switch dia yang asal. Yang asal kecik je la tapi ada banyak unit la jugak. Boleh la guna pintu kecik sebelah lori ni. Kalau yang besar ni kena la guna pintu belakang. Berat beb...


Lori MAMPU yang menjadi transport utama angkut mengangkut switch.

Nasib baik la 2 ketul je. Kalau banyak harus jugak ni aku mintak bantuan yang lain-lain..

Homemade Dish

Semalam aku sampai je kat Seremban, Jill pun sampai jugak. Arini Jill bawak bubur lambuk untuk Kak Ita yang teringin sangat nak mengimbau nostalgia zaman kanak-kanak dia. Dari KM Plaza terus la ke Seremban 2. Mengikut perjanjian sistem barter yang diorang buat ni. Kak Ita akan balas dengan lauk pauk untuk berbuka. Perjanjian yang bagus. =)

Tak sempat nak amik gambar yang lain. Dah lapa beb. Sempat amik gambar dalam pinggan je. Hehe..


Untuk mengimarahkan lagi suasana berbuka. Aku pun bancuh la Ovaltine campur Nescafe. Kalau ada milo boleh la buat Neslo. Tapi yang ni aku nak bagi nama ape? Nestine? Ovalcafe? Ovalnes? Nesoval? Cafetine dengan Tinecafe confirm la tak sesuai. Tapi aku rasa Ovalnes macam best je. Korang pilih nama yang mana?

AFK- Away From Keyboard

Semalam pagi aku bercadang nak pergi buat pasport. Bukan kerana kehabisan muka surat, bukan tamat tempoh, dan bukan juga kerana kehilangan. Kali pertama. Korang nak gelak aku tak bole nak halang. Yang pasti korang tak gelak depan-depan aku. Korang gelak depan PC masing-masing je. Aku ingt nak keluar opis dalam pukul 8 pagi. Harap-harap aku sampai awal, bole la balik awal.

Kak Ija bagi tau aku ade nak kena hantar switch pulak pagi ni. So kena la amik no siri siap-siap untuk rekod kitorang. Kalau aku buat lepas aku buat pasport mesti tak sempat. Takpe la, aku amik sebelum aku keluar.

Sehari sebelum tu aku dah browse internet siap-siap. Cara-cara memohon pasport kat website Imigresen. Borang aku boleh download je tapi kena print depan belakang. Dah safe RM1. Kalau aku fotostat banyak-banyak bole je aku jual kat sesape yang nak memohon pasport pun boleh ni. Aku jual je la RM0.50. Bole ke kaya kalau jual borang ni? Boleh tapi lambat la. Aku pun saje je la print extra sekeping. Mane tau ade buyer pulak. Aku pun sediakan document sokongan yang diorang nak.



Selesai kerja aku pun terus la merempit ke Plaza Metro Kajang. Aku pun beratur la nak amik nombor giliran 4 digit (bukan nombor ekor). Aku pun serahkan la borang yang aku dah siap isi dengan salinan fotostat ape yang perlu. Gambar pulak nak yang background biru. Gambar background biru yang aku ada pun gambar nikah je la. Dah tentu la pakai songkok time tu. Confirm la tak boleh. Kena la aku gi amik gambar instant kat situ.

Selesai serahkan semua yang diorang nak dan bayar RM300. Lagi 2 jam pasport aku pun siap. Sementara tunggu tu aku terus ke Bangi pulak untuk ke Pejabat Amanah Raya Berhad. Ini sebab nak selesaikan uruskan harta pusaka arwah mak aku. Bercerita lebih kurang dan dapatkan penjelasan yang sepatutnya. Aku pun bawak la balik borang-borang yang perlu.

Nak menguruskan harta pusaka ni hanya ada 3 cara. Cara yang pertama melalui Amanahraya. Ada jugak la percent yang diorang kenakan. Cara kedua dari pejabat tanah. Itu pun kalau arwah ada tanah sendiri dan bukan tanah pusaka. Yang ketiga melalui Mahkamah Tinggi. Ini kena ade lawyer la pulak. Cas diorang pun mesti la tinggi jugak.

Selesai berurusan di Amanahraya aku balik ke Kajang untuk amik pasport. Sementara tunggu pukul 1 aku gi je la windows shooping dulu. Mane tau jumpa ape-ape yang menarik. Aku pun memang tak beli ape-ape pun lagi untuk raya ni. Ada jugak yang berkenan tapi masih ada second thought lagi. Nanti-nanti je la. Aku pun terus gi Imigresen balik dan amik nombor lagi. Sekejap je lepas tu aku pun dapat la pasport aku yang pertama. Lepas ni dah bole nak gi jalan jauh-jauh.

Ini la rupa gambar instant yang aku amik tu.

Aku tengok pun kelakar la jugak gambar tak ready yang aku amik tu. Tapi yang pastinya aku dah ada pasport dan bole nak pergi melancong.

Yaahoooo...!!

Tuesday, September 23, 2008

Lanyard Baru


Aku sampai je kat meja aku pagi ni aku nampak benda ni. Sapa la yang letak or bagi benda ni. Muskil jugak. Nak tanya ke sesape? Mesti la pagi-pagi ni aku dengan budak-budak Sapura ye yang ada. Confirm la diorang tak tau. Tapi yang pasti memang ada kat meja aku, so aku la yang punya.

Apelah nama benda ni? Cuba Google kejap..
- A lanyard, laniard, or wrist strap is a rope or cord often worn around the neck or wrist to carry something. Aboard ship, it may refer to a piece of rigging used to secure objects, or to a cord with a hook at the end which is used to fire a cannon.
Sumber: Wikipedia.


Ape lagi. Terus la pakai. :)

View dari roof top MOF

Semalam petang aku kena pergi kat MOF atau lebih senang kitorang panggil 2G2. Aku naik je terus ade perasaan nak amik gambar. Ini lah antara view yang sempat aku snap.

Ini permandangan roof top.

Blok JPM dan Masjid Putra.

Jambatan Wawasan.

MeCd dan masjid baru yang masih dalam pembinaan.

Dataran depan MOF.

Kalau aku nak lepak lama-lama pun panas satu hal. Masa ni dah pukul 4 lebih. Aku nak kena balik opis dulu. Laptop pun tak tutup lagi. Nak amik bas lagi. Kalau ada isu lagi arini kena la pergi lagi..

Monday, September 22, 2008

Tag by Luth


Ini tag oleh blogger bernama Luth.

Soalannya ialah:

* Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird.Rules:
* Link to your tagger and post these rules on your blog.
* Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.
* Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog

Macam pernah buat je.. Kalau ko baca je yang ni. Tag 7 wonders dari Kak Jah.. :-p


Kejar VS Kejar

Pagi tadi lepas sahur aku cepat-cepat mandi. Sepatutnya aku mandi dulu baru sahur. Tapi sebab yang lain dah nak makan dan masa pun dah lewat. Aku pun gi la makan dulu. Selesai je makan aku lepak kejap, pastu aku gi mandi. Siap pakai baju kerja dan terus solat subuh.

Selesai je solat aku tarus capai bag dengan kunci kereta. Sambil kereta aku warm-up, aku tarik pagar dan pakai kasut siap-siap sementara tunggu Jill ready nak gi hantar aku amik bas. Kalau awal keluar rumah, Jill hantar aku sampai kat main road, depan kedai kat Gedung Lalang je la. Kalau lambat kena la gi hantar aku sampai Seremban.

Masuk kereta je aku terus tengok jam. Rasa macam dah lambat je. Terus je Jill cakap nak anta aku sampai Seremban je. Okay la. Dalam kereta pun aku rasa macam dah lewat. Sampai je kat tempat aku selalu nak bas, bas dah tak ada. Bas dah jalan. Aku sampai je kat traffic light depan Court aku nampak la bas aku dah gerak.

Masa ni la terasa traffic light macam lambat je nak tukar hijau. Terus la aku cakap kat Jill kalau tunggu kat Tol mungkin sempat lagi kot. Kalau nak tunggu kat simpang tol kena la overtake bas tu dulu. Racing la sket pagi-pagi ni. Cilok punya cilok sempat la jugak sampai tol dulu dari bas. Itu pun sebab ramai Q nak masuk highway..

Sempat lagi la aku naik bas pagi ni. Fuh!

Friday, September 19, 2008

Rambut baru a.k.a. Rambut Raya

Semalam, sampai je Seremban. Jill jemput aku gi S2. Aku nak gi potong rambut, Jill nak gi jumpa client. Lupa la pulak aku nak amik gambar kedai tu. Nanti-nanti la ye kat entry lain aku letak. Macam mane? Okay tak? Jill cakap mcam budak baik je..






Bas peranginan pekerja

Pagi tadi aku naik bas ganti untuk ke opis. So driver pun lain la jugak. Aku macam tak bole nak lelap je dalam bas tak tau la kenapa. Tapi aku rasa macam lambat je nak sampai. Aku pandang la kat luar, langit pun dah nak cerah. Driver ni makan angin ke?

Sampai je tol Kalang aku tengok jam dah lebih pukul 7. Kalau lambat masuk Putrajaya mesti la kereta pun dah banyak. Aku tengok yang lain dalam bas pun dah bangun. Semua panik sebab takut lambat punch card. Semua masuk keja pukul 7.30am. Aku antara orang yang awal turun ni rasanya sempat la. Jam ProTime pun lewat 10 minit.

Aku swipe kad aku pagi ni pukul 7.26am. Lewat jugak la dari biasa. Yang lain tu aku tak tau la sampai pukul berapa..

Ramai la jugak yang dah mula tengok jam masing-masing.

Thursday, September 18, 2008

Berbuka D' Padi House, Cyberjaya

Semalam kitorang nak berbuka puasa kat Padi House, Cyberjaya. Bila ditanya macam ramai je nak join. Tapi bila nak confirmkan berapa ramai, mula la ade yang tak sure lagi. Tiba hari yang dijanjikan aku pun booking la tempat untuk 6 orang. Aku, Jill, Byzura, Sulaila, Kak Nora dengan Abang Jep. Yang lain ada isu-isu lain yang perlu diselesaikan. Lebih kurang puku 6 petang kitorang pun gerak la dari opis MeCD terus ke...

Ini la restoran yang menjadi pilihan kitorang aritu. Restoran Padi House, Cyberjaya.


Ini dah berapa kali la selak menu. Diorang tak la baca sangat, tengok gambar je lebih. Perhatian untuk pengusaha kedai makan, lepas ni sila buat menu bergambar. Ada pelanggan tak suka baca-baca ni.


Meja No.18 ni Abang Jep yang pilih. Mungkin sebab esok birthday dia kot. Order kena tulis sendiri. Macam-macam rasa nak makan. Tengok gambar semua rasa macam best. Mula la salah tulis. Aku ingat nak potong je yang salah, tulis yang baru. Boleh pulak Kak Nora bawak pemadam. Amik order pun kena tulis kemas-kemas.

Aku la yang tulis order diorang ni.

Posisi sebelah kolam ni Abang Jep yang pilih. Nak tengok ikan katanya. Layankan aje la.

Lepas je aku bagi kertas order tu, baru la diorang terfikir nak kira berapa harga yang diorang dah order tadi (mungkin sebab bayar sendiri kot). Mula la Kak Nora keluarkan kertas untuk membuat perkiraan secara manual.

By dengan Su ni pulak kira menggunakan teknologi yang lebih canggih.

Ini aku susah sikit nak cakap. Mungkin la sebab dah terlebih order. Mengadu la tu. Siapa pulak yang jadi mangsa mendengar rintihan perasaan dia tu. Kesian..

Hur Fun ni aku order utuk Jill yang masih lagi dalam perjalanan ke sini.

Bihoon Cantonese ni untuk aku.

Sebelum makan tadi aku dengar ade yang nak tambah order la, nak tapau la. Lepas makan nampaknya tak ada lagi la isu-isu berbangkit. Semua dah duduk tegak. Macam panguin pun ade jugak la aku tengok masing-masing. Masalah jugal la bila dah kenyang ni nak kena drive balik.. Mata mesti la dah berat. Kalau tak kenangkan ayah kat rumah sorang-sorang, mesti aku balik rumah Putrajaya je.

p/s: Hapi B'day Abg Jep...

Tidur kat opis

Nap Pod

Kalau benda ni ada kat opis mesti best. Tapi ade ke majikan yang nak beli untuk staff benda ni?

Wednesday, September 17, 2008

Zakat Fitrah pun naik jugak


Tahun lepas RM4.90 seorang sekarang dah RM6.50 bersamaan 2.751Kg beras. Kenapa la jumlah zakat fitrah ni berbeza untuk setiap negeri. Bukan ke harga beras same je ke satu negara. Beraskan barang kawalan. Kalau mengikut perkiraan la, 10Kg beras ni harganya RM23.63... Diorang kira ni berdasarkan beras brand ape?Ade sesape tau...

Berbuka Puasa Di Marriott, Putrajaya.

Semalam aku dapat jemputan berbuka di Marriott, Putrajaya. Ini bukanlah kali pertama aku berbuka puasa kat sini tapi pertama kali aku bawak wife. Kalau dulu aku selalu cerita je kat dia. Sekarang aku dapat bawak dia sama.


Kitorang sampai parking pukul 6.00 pm. Pukul 6.30pm baru la cari Ballroom sebab nak booking meja. Jam tangan aku dah dekat nak pukul 7.00pm tapi belum ade lagi yang amik makanan. Aku pulak jadi antara orang terawal amik makanan. Bila aku toleh belakang je rupanya aku dah ada ramai pengikut. Kalau ade nak amik dish yang sebelum mesti tak berani. Semua muka bengis. Lapar sangat agaknya.

Boleh dikatakan semua aku amik kecuali nasi. Itu pun dah bole memenuhkan pinggan. Ingat nak buat second round lepas solat tapi aura untuk melantak ni tak meluap-luap lagi. Dah sejuk kot kena air sembahyang. Hehe!

Dekat kul 9.00pm baru la kitorang meninggalkan meja. Itu pun dah banyak meja yang dah clear. Budak-budak banquet tu pun dah banyak kali lalu lalang. Kejap amik pinggan, lepas tu amik sudu. Meja aku tak kurang-kurang jugak orang. Biarlah aku balik dulu. Yang lain balik area Putrajaya je. Aku dah tentu kena balik Seremban. Perut dah kenyang ni rasa jauh je nak balik rumah. Adoiyai!!

Tuesday, September 16, 2008

Ditag oleh Kak Jah lagi dan lagi- 7 Wonders

Arini aku nak selesaikan assignment yang Kak Jah bagi aritu. Sebelum kena potong markah aku buat la jugak...

The rules:
  • Link to your tagger and post these rules on your blog
  • Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird
  • Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs
  • Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog.

Born to Rides.
Suka bawak motor lagi dari bawak kereta (Rasanya ramai yang dah tau ni). Kalau aku suka bawak motor orang akan panggil 'rider', kalau aku suka bawak kereta nanti orang panggil ape? 'Driver'? Kalau diberi pilihan antara kereta Mercedes atau BMW dengan superbike, aku tetap akan pilih superbike. Kalau aku bawak Mercedes atau BMW nanti orang ingat aku driver, klau superbike. :)

Kriiiinnnnnnggggg!
Bunyi la macam mane pun. Kalau aku nak sambung tido, itu bukanlah penghalang. Kalau nak bangun pagi pergi kerja pun selalu la jugak terbabas. Bila dah lewat bangun, kepala terus pikir alternatif untuk ke pejabat. Kopi atau nescafe pun bukan sesuatu yang boleh menghalang untuk aku tido. Suara arwah mak aku je yang bole mengejutkan aku bangun serta merta. Tak sampai 5 minit aku dah siap basuh muka dan ada dalam kereta. Mesti la nak ke pasar.

Kemeja
Aku ada lebih dari sehelai kemeja warna biru dan meroon. Nak kata aku ada favorite colour pun tak la jugak. Cuma aku suka pakai yang cotton walaupun susah nak gosok. Aku sanggup bayar lebih untuk kemeja warna putih dan hitam. Aku pun tak tau kenapa. :)

Code
Masa zaman-zaman sekolah, setiap buku aku mesti aku lukis and tulis "Izam The Great." Macam Alexender The Great la kot. Pernah aku tetiba pulak suka tulis "CODE" dalam buku-buku aku. Pernah la buku conteng aku tertinggal dalam kelas. Esok petangnya (masa tu sekolah petang) aku tengok ada senior yang sekolah pagi cuba tiru tulisan CODE aku tu. Siap dia tanya lagi kenapa aku tulis perkataan tu. Terus je buku tu jadi chat room kitorang. Ape aku borak pun aku dah tak ingat. :p

Invisible Me
Aku memang invisible masa aku awal-awal zaman menengah aku. Memang low profile, down to earth. Kalau tak sekelas, sama-sama tunggu bas, duduk sekampung/setaman dengan aku confirm tak kenal. Nama betul aku pun mungkin diorang tak ingat walau pun hari-hari pakai name tag. Akhir form 4 je aku mula dikenali. Mungkin masa tu aku baru aktif kot. Setiap kuiz math dengan sains aku mesti dapat hadiah masa perhimpunan. Form 5 jadi presiden kelab rekacipta dengan pengawas pusat sumber. Baju official pengawas aku warna pink. :-">

Schooling
Primary dengan secondary school aku semua kat area Seremban. Primary aku 3 buah sekolah, secondary aku 2 buah sekolah. Majority warna rumah sukan aku merah dan aku jarang bersukan. Berbasikal ulang alik je la kot. Awal-awal menengah pun aku naik bas je.


Job Street

Aku mula merasa duit sendiri akhir form 2. Aku jadi pembantu kedai runcit je masa tu. Masa tu gaji aku RM325. Aku dah rasa besar sangat dah masa tu. Merasa la aku pakai seluar tempah. Masa tu tailour yang popular, ZeroOne, Pop Soda, Jeans Paul. Siap tempah seluar putih poket L design macam jeans untuk pakai denga baju melayu. Dah pakai samping tak la nampak lagi. Bila balik sekolah, samping dah simpan dalam beg. Barulah.. Form 3 dengan form 4 aku sibuk hantar karya kat majalah Ujang. Masa tunggu SPM, sebelum raya aku kerja kedai baju. Lepas raya aku kerja kilang Samsung Display.


Dah cukup dah 7. Tapi tak tau la nak tag sape. Rasa macam sume dah buat je tag ni... :p

Friday, September 12, 2008

Berbuka D' Ikea

Lepas opis je Jill pun dah tunggu aku. Arini dia berbaju kurung. Aku pulak kena tunggu jam Protime (Sistem touch card) 4.30pm. Jam Protime ni pulak lewat 10 minit. Kalau masa datang opis tu best la. Ada la masa kecederaan sikit. Bila time nak balik je yang tak best. Tak bole nak keluar sharp on time. Nasib baik la jugak bas aku pun sampai lewat dan aku je passenger terakhir untuk balik ke Seremban.

Arini Jill ajak berbuka kat KL dengan kawan-kawan UTM dia dulu. Tahun lepas event ni kitorang buat kat Bangi. Tempat sempit tu aku tak kisah. Tapi masa bayar je masalah. Kedai tu kira ikut booking. Lepas argue barulah diorang nak kira ikut kepala. Kalau tak baru bukak kedai makan, baru jadi cashier. Walau ape situasi, tak patut la cashier ni menguji kesabaran kitorang atau pun menjadi dugaan di bulan-bulan puasa ni. Itu la last aku pergi kedai tu.

Perjalanan rasa jauh je bila kereta dah mula memenuhi jalan. Semua bergerak menuju destinasi masing-masing. Tapi ramai jugak yang bergerak menuju ke destinasi yang sama dengan aku. Sampai kat parking, Jill naik dulu sebab nak dapatkan sticker buffet berbuka yang limited itu. Dah lama aku tak pergi Ikea. Last aku sampai sini bertiga dengan arwah mak. Huh!


Aku tengok jam aku baru pukul 6. Tapi ramai yang dah mula beratur amik makanan. Aku nak pergi tapi tak bole nak tinggalkan meja. Kena la tunggu Jill. Dia ke bilik air kejap. Kawan-kawan dia pun tak nampak lagi. Sepanjang aku tunggu Jill datang, ada la dua kali orang lain datang bertanyakan meja kosong. Yang aku heran tu kenapa warga-warga yang puasa ni pun sibuk nak berebut masa berbuka ni? Bukan ke korang bole melantak je bila-bila pun. Mula la aku nampak diorang ni macam langau je. Bila kat surau tak nampak pulak muka-muka badigol ni tadi. Mane la tau ade yang betul-betul berpuasa.

Tapi ape yang pasti masa-masa kritikal macam ni mesti ada diorang ni menyibuk. Menyibuk nak rebut sticker gambar ketupat ni, menyibuk nak amik makanan. Bole tak jangan menyibuk lain kali? >:-)

2009 Yamaha YZR-R1


Type 998cc,liquid-cooled 4-stroke DOHC 16 valves (titanium valves)
Bore x Stroke 78.0mm X 52.2mm
Campression Ratio 12.7:1
Carburetion Fuel Injection with YCC-T and YCC-I
Ignition TCI: Transistor Controlled Ignition
Transmission 6-speed w/multi-palter slipper clutch
Final Drive #530 O-ring chain
Suspension/Front 43mm inverted fork; fully adjustable, 4.7-in travel
Suspension/Rear Single shock w/piggyback reservoir; 2-way adjustable, 4.7-in travel
Brakes/Front Dual 310mm disk; radial-mount forged 6-piston calipers
Brakes/Rear 220mm disk; single-piston caliper
Tires/Front 120/70ZR17M/C 58W
Tires/Rear 190/55ZR17M/C 75W

Sedang aku layan digital magazine on the web. Aku nampak ada review untuk model Yamaha R1 2009. Nampak macam lagi ganas la rupanya. Ade sedikit modification jugak yang diorang buat dari previous model. Modification yang diorang akan buat dari macam-macam aspek. Handeling, elektronik, engine dan design. Nama masih dikekalkan cuma tahun je yang berubah.

Thursday, September 11, 2008

Award - I Love Your Blog by KJ

Terima kasih kepada Kak Jah yang berada di Lavender Hight, Senawang kerana telah bermurah hati untuk menganugerahkan Award ini kepada saya. Lihatlah dunia! Saya tujukan pula award ni kepada blogger yang sering mendapat comment dari saya untuk sama-sama berkongsi kegumbiraan. Sekian terima kasih.

Ditag oleh Kak Jah lagi ni..

Berikut merupakan petikan dari SMS yang dihantar dan diteima:-

Aku : Ape byk sgt assignment ko bg ni kak?
K. Jah : Tag mengerat silaturahim d bln ramadhan. Hahaha


.
Ok la tu. Sharing is caring. Ini panduan berupa arahan yang diberi:
  1. copy gmbr kat atas tu n post kat blog korang
  2. teruskan mencari mangsa seramai 5 org..(nk lbh pun xpe)
  3. setelah mengenalpasti mangsa yg sesuai, sila tgglkan pesanan di blog mereka
  4. lastly, jgn lupe tempek url korang slps url saya punya - KJ -
dibuat oleh: antownholic.blogspot.com, reskitrianto.blogspot.com, bashrie.blogspot.com, juzzyouandme.blogspot.com, sweethoneysofiaroxy, Zhoewynz.blogspot.com, UmmiRosma, Munirah Abd, lilred799.blogspot.com, cokolat, KJ, Jek Nizam dan anda selepas saya itu....

Berikut merupakan senarai pencalonan untuk kategori Ramadhan:

Nama-nama yang ada dalam blog roll yang lama sangat tak update. Silalah dapatkan tag ni sementara masih bulan Ramadhan.

Akhir kata, "bawalah wallet penuh semasa ke param."

p/s: ok tak ni kak?

Award Special Friends by KJ

Terima kasihlah banyak-banyak. Susah-susah je. :-">
.
Ade sesape rasa nak award ni. Silalah tengok kalau-kalau ada nama tu dalam blog roll. Kalau tak kena la buat permohonan dulu ye. Award ini tidak boleh ditukarkan dengan wang tunai atay voucher. Sebarang komen akan dilayan. :-D

Ditag oleh Kak Jah - 5 on 5

Kena tag lagi dari Kak Jah. Tak sempat nak buat assignment ni aritu sebab berpura-pura sibuk kat opis. Arini baru sedar, tak elok hidup dalam kepura-puraan. Sorry ye kak lambat jawab.
.
**RULES**
“The rules of the game get posted at the beginning. Each player answers the questions about themselves. At the end of the post, the player then tags 5 people and posts their names, then goes to their blogs and leaves them a comment, letting them know they’ve been tagged. Let the person who tagged you know when you’ve posted your answer.”
**END**

1) What were you doing 5 years ago?
.
Baru masuk kerja gomen. Merasa la kerja berulang alik dari Seremban ke Medan MARA hari-hari. Masa ni jem la jugak sebab kerajaan tak mampu nak bayar gaji aku ikut kelulusan. Diorang bayar ikut suka je. Hampeh!

2) What were the 5 things on your to do list today (11 Sep 08, Thursday)?

  • Sahur le dan siap baju untuk bergegas ke tempat naik bas.
  • Sampai opis kena check e-mail dengan blog sementara tunggu pukul 9.00am sebab kena buat morning report.
  • surf internet, blogging, main tipon sambil tunggu tengahari untuk nap.
  • 3.00pm kena buat report lagi sebab 4.45pm dah kemas meja and terus gi tunggu bas. Bas sampai pukul 5.
  • Sambung nap dalam bas kalau tak ada gangguan. Dalam kepala confirm dah pikir nak berbuka je.

3) What are 5 snacks that you enjoy?

  • KitKat
  • Pringles, Mr. Potato, Jek N' Jill or apa-apa yang seangkatan dengannya.
  • Kuaci bunga matahari
  • Twisties
  • Pop Corn (Masa tengok wayang)

4) What are 5 things that you would do if you were a billionaire?

  • Settlekan hutang.
  • Bawak family gi haji/umrah dan buat korban tiap-tiap tahun.
  • Melancong. Tengok tempat orang dan cari peluang bisness.
  • Buat benda yang bole generate income lagi.
  • Habiskan duit yang ada. Kalau anak-anak

5) What are 5 jobs you’ve had?

  • Pembantu kedai runcit masa akhir form 2.
  • Penulis/pelukis sambilan untuk majalah ujang.
  • Kerja kat pasaraya sementara tunggu result SPM.
  • Kerja kilang Samsung sementara dapat offer sambung belajar.
  • Technician kat Acquatech, Nilai.
  • Cikgu sekolah Ren/Men Abim Seremban.
  • Bisness computer
  • Jadi agen AM Insurance.
  • Gomen.

6) Kena tag 5 org.

  • Yang ada dalam blog roll dan belum buat tag ni lagi..

Cemane kak? Berapa bintang, berapa bulan, berapa markah bole dapat ni?

Nak beli bas sendiri la..

Kalau nak selesa, baik beli bas sendiri. Bus Conversion.






Ada tak korang pun terasa nak beli bas macam ni? Kalau dah ada bas macam ni, mesti la ade driver. Kalau bawak dari Perlis sampai Johor pun takde hal. :-D